SEJARAH SEKOLAH
SMK Seremban Jaya (SMKSJ) merupakan sebuah sekolah harian yang terletak di Taman Seremban Jaya . Sekolah ini ditubuhkan pada 1 Disember 2003 . Semasa SMKSJ ditubuhkan sekolah ini tidak mempunyai bangunan sendiri dan disebabkan itu , SMKSJ telah menumpang di SMK Taman Tuanku Jaafar selama lebih kurang 9 bulan . Akhirnya pentadbiran pengurusan berpindah sepenuhnya ke bangunan sendiri pada 26 September 2004 .
PENGETUA-PENGETUA SMK SEREMBAN JAYA.
Pn Salma bt Mustapa - 2004-2006
Tuan Hj Muhammad Amir bin YM Shariff - 2006-2008
Pn Jawahir bt Alias - 2008-2011
Pn Hjh Noraini bt Darus - 2011
VISI SMK SEREMBAN JAYA
SMK SEREMBAN JAYA
AKAN MENCAPAI
TARAF KUALITI TERTINGGI
DAN SEIMBANG
DALAM SEMUA
ASPEK KEHIDUPAN MENJELANG
2010
MISI SMK SEREMBAN JAYA
MENDIDIK PELAJAR-PELAJAR
SMK SEREMBAN JAYA SECARA
PROFESIONAL DAN BERKESAN
BAGI MEMASTIKAN PELAJAR
MENCAPAI TARAF KUALITI TERTINGGI
DAN SEIMBANG DARI SEGI
JASMANI , EMOSI , ROHANI
DAN INTELEK .
MATLAMAT SMK SEREMBAN JAYA
- MELAKSANAKAN SEMUA DASAR DAN PROGRAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA .
- MELAHIRKAN PELAJAR YANG BERILMU , BERAKHLAK DAN BERAMAL .
- MENCAPAI PERATUS KELULUSAN PEPERIKSAAN AWAM MELEBIHI PERINGKAT KEBANGSAAN .
- MENCAPAI KEJAYAAN TERTINGGI DALAM BIDANG KO-KURIKULUM PERINGKAT DAERAH , NEGERI DAN KEBANGSAAN
PENTADBIRAN
PENGETUA
PN HJH NORAINI BT MOHD DARUS
GPK AKADEMIK
EN BAHARUDIN B. AZIZ
GPK HAL EHWAL MURID
PN HJH ZAINON BT HUSSIN
GPK KOKURIKULUM
EN HARIZAN B YACOB
KETUA BIDANG MATEMATIK & SAINS
PN GIRLY A/P JOSEPH
KETUA BIDANG BAHASA
PN NORFAZILAH BT ISMAIL
KETUA BIDANG KEMANUSIAAN
PN SAUDAH BT BASIR
KETUA BIDANG TEKNIK VOKASIONAL
PN SITI NOREZAN BT JALIL
LAGU SEKOLAH
BENTUK TAJAM - seperti tanjak Minangkabau melambangkan sifat jati diri semulajadi
WARNA BIRU - melambangkan perpaduan berbagai kaum dan hormat-menghormati antara satu sama lain
WARNA KUNING - melambangkan ciri-ciri pelajar yang berbudi bahasa tinggi kepada segenap lapisan insan sama ada di dalam dan di luar sekolah
WARNA MERAH - melambangkan keberanian dan cita-cita yang tinggi
BUKU & ALAT TULIS - simbol institusi pendidikan
COGAN KATA - Ilmu , Amal dan Ikhlas
SEMANGAT JUANG ( MOTTO ) - melambangkan usaha dan inspirasi pelajar yang sentiasa dalam semangat juang yang tinggi walau dalam apa keadaan sekali pun
IKRAR PELAJAR
MAKA DENGAN INI , KAMI PELAJAR-PELAJAR SMK SEREMBAN JAYA BERIKRAR AKAN BERUSAHA DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH BAGI MENCAPAI TAHAP KUALITI TERTINGGI DALAM SEMUA ASPEK KEHIDUPAN SERTA MENCAPAI KECEMERLANGAN DALAM BIDANG AKEDEMIK , SAHSIAH DIRI DAN KOKURIKULUM BAGI MENJADIKAN KAMI INSAN YANG SEIMBANG DARI SEGI JASMANI , EMOSI , ROHANI DAN INTELEK . SESUNGGUHNYA KAMI SENTIASA PATUH DAN TAAT AKAN PERINTAH GURU-GURU YANG KAMI SAYANGI DEMI SEKOLAH YANG KAMI CINTAI . BAGI MENJADIKAN KAMI INSAN YANG CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG .