Photobucket Photobucket Photobucket

Photobucket Photobucket

24 April 2011

PERTANDINGAN KAWAD KAKI KRS PERINGKAT DAERAH SEREMBAN 2

Pada 23 April 2011 bertempat di Sekolah Menengah Pendeta Zaaba berlansung Pertandingan Kawad Kaki Kadet Remaja Sekolah Peringkat Daerah Seremban 2. Sekolah SMKSJ telah menghantar 2 platun yg terdiri daripada platun lelaki dan platun perempuan untuk menyertai pertandingan tersebut. Setiap platun mempunyai 31 ahli yg terdiri daripada 30 orang kadet dan seorang ketua platun. Platun lelaki dipimpin oleh Sarjan Aidil Shafiq manakala platun perempuan diketuai oleh Sarjan Norlaila. Guru pengiring untuk pertandingan ini ialah Puan Rohani.Puan Sharifah , Puan Zaiton dan Puan Normawarti.


Kira-kira pukul 7.30 pagi, semua kadet telah berkumpul di hadapan sekolah untuk menaiki bas pergi ke Sekolah Menengah Kebangsaan Pendeta Zaaba. Setibanya disana,semua kadet telah bersiap-siap untuk pemeriksaan pakaian memandangkan sekolah kita platun yang pertama membuat persembahan baik platun lelaki mahupun platun perempuan. Pelbagai sekolah menyertai pertandingan ini. Antaranya ialah SMKSJ , SMK Bukit Mewah , SMK Puteri , SMK KGV , SMK SMAPL , SMT TJ , SMK Senawang , SMK Mambau , SMK Sendayan , SMK DKPM ,  SMK PZ , dan SMK TTJ.

Sekolah kita mengadakan persembahan dengan penuh dedikasi dan bersemangat, baik platun lelaki mahupun platun perempuan. Persembahan dari semua sekolah tamat pada pukul 1.30 petang. Kesemua platun dari pelbagai sekolah bersiap sedia di dalam dewan untuk majlis penyampaian hadiah. Majlis dimulakan dengan ucapan daripada pihak SMKPZ. Kemudian penyerahan sijil kepada para juri yg terlibat. Seterusnya penyampaian sijil penyertaan kepada sekolah yang menyertai pertandingan kawad kaki. Kemudian majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah kepada pemenang platun lelaki dan platun perempuan. Platun lelaki dimenangi oleh SMK Bukit Mewah , tempat kedua SMK Mambau dan tempat ketiga dimenangi oleh SMTTJ. Bagi platun perempuan pula johan dimenangi oleh SMK Bukit Mewah, naib johan dimenangi oleh SMK Puteri dan tempat ketiga dimenangi oleh SMKSJ. Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan jangan berputus asa kepada platun yang tidak menang.


SMKSJ mencatatkan sejarah tersendiri kerana SMKSJ belum pernah memenangi johan,naib johan mahupun tempat ketiga dalam pertandingan kawad sebelum ini. Diharap SMKSJ akan terus gigih berusaha dan mampu meraih kejayaan dalam pertandingan sebegini pada masa hadapan kelak.


                                           

MINGGU PSS


Pada 18 April 2011 , SMK Seremban Jaya telah mengadakan minggu PSS . Minggu PSS ini telah dirasmikan sendiri oleh pengetua SMK Seremban Jaya . Sepanjang seminggu Minggu PSS ini dijalankan , pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan seperti ;
  • pameran di Pusat Sumber Sekolah

    • kuiz spontan

      • pameran di bilik SALC 

      • jualan buku 

      •  tayangan filem 

      • pertandingan membina blog sekolah

      • binaan BBM 

      • pameran di Galeri Sejarah 
      sambutan dari para pelajar SMK Seremban Jaya amat memberangsangkan . berikut adalah beberapa gambar yang sempat dirakamkan .


      perasmian Minggu PSS sekaligus perasmian Minggu Kesihatan oleh pengetua SMK Seremban Jaya .


      pameran di Pusat Sumber Sekolah



      khemah membaca



      kuiz minggu PSS


      21 April 2011

      PENGETUA SMKSJ 2011


      Pada 24 Mac 2011 , Majlis Perpisahan telah diadakan untuk Puan Jawahir bt Alias , Bekas Pengetua SMK Seremban Jaya yang akan meneruskan lagi tugasnya di SMA Kelana Petra . Majlis diadakan secara sederhana. Ada suka, ada duka. Ada pertemuan, ada perpisahan. Staf-staf SMK Seremban Jaya turut berduka cita atas perpisahan ini. Beliau adalah seorang guru yang tegas, sentiasa mengingatkan pelajar-pelajar supaya menjadi anak-anak yang baik, anak-anak yang mendengar kata. Beliau juga seorang guru yang baik, penyayang dan sentiasa komited akan kerjanya. Ada pergi , ada mengganti. Pada hari itu juga, Pengetua SMK Seremban Jaya 2011 diperkenalkan. Pengetua SMK Seremban Jaya yang menggantikan tempat Pn. Jawahir bt Alias ialah Pn. Nooraini bt Mohd Darus yang sebelum ini merupakan Pengetua bagi SMK Pendeta Zaaba, Seremban. Sebelum ini, beliau pernah berkhidmat di sekolah-sekolah sekitar negeri Pahang. Semoga Pn. Nooraini berkhidmat dengan penuh dedikasi.